Nor Aishah Binti Sharif To be a Teacher
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM KERTAS DUA 3755/2
Format SPM

Kertas soalan dua terdiri dari Bahagian A dan Bahagian B
Calon dikehendaki menjawab tiga soalan dari Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B ( soalan Kajian kes )
Calon dinasihatkan supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian B.
Peruntukkan masa bagi setiap soalan ialah 20-25 minit bagi setiap soalan bahagian A
Markah bagi setiap soalan ialah 25 markah yang terdiri dari pelbagai pecahan soalan.
Markah keseluruhan ialah 100 markah dan menyumbangkan 60 % dari keseluruhan markah.
Rancang masa dengan bijak.Jangan lebihkan masa menjawab bagi soalan yang calon rasa lebih senang.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Membaca semua soalan.
2. Teliti kehendak soalan- Lihat perkataan awal setiap soalan
3. Rancangkan jawapan.
4. Tandakan soalan yang tidak akan dijawab
5. Terus menjawab tanpa pengenalan dan kesimpulan- terus kepada isi
6. Isi jawapan berdasarkan jumlah perkataan markah (contoh: 5 isi untuk soalan jelaskan)
7. Gunakan kertas berasingan untuk setiap soalan.

CARA MENGATASI MASALAH

1. Gunakan ayat pendek atau simple
2. Jawab dalam bentuk point.
3. Gunakan kaedah turutan ayat-ayat (simple-susah)
4. Elakkan penggunaan istilah-istilah yang canggih, jika tidak faham maksud sepenuhnya.


 KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON PEPERIKSAAN PERDAGANGAN

1. Penggunaan bahasa dan istilah yang kurang tepat- kesannya:-
a) Pemeriksa tidak dapat memahami atau maksud yang hendak disampaikan diragui.
b) Penggunaan istilah yang tidak tepat dan juga salah- oleh maksud jawapan salah.
2. Banyak fakta dalam satu ayat- maksud ayat akan keliru atau sukar difahami.
3. Pengetahuan dan pemahaman konsep yang lemah.
4. Pengurusan masa semasa pemeriksaan tidak betul.
5. Teknik penyampaian – tidak teratur:-
a) Iisi tanpa keterangnan
b) Isi berulangan tetapi dianggap isi tambahan.
c) Susun atur tidak teratur dan bertaburan.
d) Tidak ikut kehendak soalan.
6. Lain-lain seperti lemah bahasa melayu dan menggunakan bahasa kampung.


KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN

BIL KATA TUGAS RESPON YANG DIHARAPKAN

1 Apakah Member maklumat yang khusus/ spesifik

2 Nyatakan Memberikan fakta tanpa huraian/ sokongan

3 Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.
Fakta dan huraian
4 Mengapakah Memberi sebab

5 Bagaimanakah Memperihalkan/memberikan penerangan tentang cara/ kaedah /langkah /kejadian .

6 Jelaskan Member keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami ( 5 isi penting sahaja)

7 Bezakan Memberi kelainan /ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.

8 Bandingkan Memberi persamaan dan perbezaan antara atau lebih perkara.

9 Huraikan Memberikan Fakta, Huraian dan contoh
Panduan menjawab : beri
Fakta 1……..
Huraiannya……..
Contoh ………..



KAEDAH /BENTUK SOALAN
a) Apakah itu……………………..
b) Jelaskan maksud……………………?

Format jawapan:
i) Definisi:……………………………………..
ii) Jenis/cabang:
a)………………………………………………………
b)………………………………………………………..
iii) Contoh: a)……………………………….
b)…………………………………………
Contoh soalan:
c) Bagaimanakah promosi membantu Encik Zaki,seorang pengusaha sos cili berjenama Sedap dalam menjalankan perniagaannya? ( 5 markah )

Perhatian
Calon dikehendaki memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/kaedah/langkah

Mesti menulis Encik Zaki dan Jenama Sedap ( sekurang kurangnya sekali )

Contoh jawapan:

Promosi membantu Encik Zaki melalui:
1.Memperkenalkan atau memberitahu keluaran sos cili ……… ( 1 markah )
2.Mewujudkan kesetiaan pembeli kepada jenama……..……… ( 1 markah )
3.Meningkatkan jualan dan keuntungan……….……………… ( 1 markah )
4.Meluaskan pasaran sos………..sehingga…………………….. ( 1 markah ) Menyaingi jenama sos lain ……………………………………. ( 1 markah )
5..Jenis promosi yang sesuai digunakan oleh Encik…….ialah………… ( 1 markah )





Nor Aishah Binti Sharif To be a Teacher
Nama
Nor Aishah Bt Sharif

Pendidikan
UPSR 1988-1993(SK Felda Bukit Tangga)
PMR 1994-1996 (SMK Bandar Bukit Kayu Hitam)
SPM 1997-1998 (SMK Bandar Bukit Kayu Hitam)
Matrikulasi Perakaunan 1999-2001 (Kolej Matrikulasi Melaka)
BACCT 2001-2004 (Universiti Utara Malaysia)

Pengalaman Kerja
2004- AS Utama Consultant (Assistant Consultant)
2005-2006- Pantas Technologies Sdn. Bhd.(Account Executive)
2006-2007- Majuikan Sdn. Bhd. (Account Executive)
2008-2008- SMK Jalan Damai
2009-2010- SMK St Mark
2011-2011- SMK Telok Air Tawar
Nor Aishah Binti Sharif To be a Teacher
Sekadar Renungan

IMAN SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan? Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didala bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...
Nor Aishah Binti Sharif To be a Teacher
http://noraishahsharif2012.blogspot.com/
Nor Aishah Binti Sharif To be a Teacher
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok,
Kedah Darul Aman.
Nor Aishah Binti Sharif To be a Teacher
http://noraishahsharif2012.blogspot.com/2012/04/hubungi.html#links
Nor Aishah Binti Sharif To be a Teacher
http://noraishahsharif2012.blogspot.com/2012/04/halaman-utama.html#links